Khamis, 10 September 2009

Datuk Taib Arkitek Bangsa


Salam 1Malaysia,saudara dan saudari yang saya muliakan,dalam bicara pemansang kali ini saya membawa kita bersama-sama membicarakan tentang seorang tokoh dan negarawan yang telah berjaya membina Sarawak ke Arah Kecermelangan.Tokoh yang saya ingin citrakan ini sudah semestinya YAB Pehin Seri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.Suatu ketika dulu,bumi Sarawak ini begitu jauh berada di belakang dalam arus pembangunan malahan ada yang tidak percaya bahawa bumi kenyalang ini akan berubah wajah.Kata orang tak ada yang mustahil dilakukan apabila ada kemahuan apa tah lagi lahirnya seorang Tokoh dan cendekiawan iaitu seorang insan yang lebih sinonim dengan panggilan Datuk Taib yang telah memainkan peranan besar dalam membina pelan pembangunan Sarawak.Bukan mudah bagi beliau untuk memikirkan apa yang terbaik dalam memimpin Sarawak setelah mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri Sarawak yang masa itu masih begitu buntu untuk dibangunkan.Kecekalan seorang Peguam ini akhirnya telah mencetuskan pembangunan yang bergitu darstik untuk Sarawak melalui Gagasan POLITIK PEMBANGUNAN iaitu adunan dua elemen politik dan pembangunan yang seharusnya seimbang dan seiringan.Walaupun ranjau dan liku meniti suatu perjalanan politik beliau, namun kecekalan dan ketabahan tokoh ini akhirnya telah berjaya membawa Bumi Kenyalang sebagai Bumi Bertuah.Beliau bukan sahaja arkitek pelan pembangunan yang baik malahan telah berjaya menyatukan 26 etnik yang unik di Sarawak untuk sama -sama menikmati kemakmuran Negeri ini.Hari ini kita bangga kerana Sarawak telah membina sebuah empayar kejayaan dalam apa jua bidang kita,Datuk Taib Pemimpin Dulu,Kini Dan Selamanya.....Selamat Hari Merdeka Sarawak Dalam Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan