Selasa, 20 Julai 2010

Parti Politik Tumbuh Bagai Candawan

Tarikh pilihan raya umum bagi negeri Sarawak masih menjadi teka teki bagi semua penganalisis politik dan seluruh rakyat negeri sarawak.Namun bergitu,bagaikan lumrah bila menjelang mahu pilihan raya maka ibarat orang berlumba-lumba,ada sesetengah pihak cuba menubuhkan parti politik baru sehingga ibarat candawan tumbuh selepas hujan.Setiap mereka tidak lain akan memperjuangkan satu perkara iaitu mahu membela nasib nasib rakyat dan menegakkan keadilan dengan cara memburukkan orang lain.Persoalan yang timbul ialah mengapa bila tiba musim pilihan raya baru mahu menubuhkan parti dan melaungkan perjuangan untuk membela nasib rakyat?Kenapa bila belum musim pilihanraya kelibat mereka-mereka ini tidak pernah kelihatan di mata rakyat ?Inilah politik individu yang mahu mencari kepentingan diri dan kuasa semata-mata.Bila tiba pilihan raya ke hulu ke hilir berteriak tapi selesai pilihan raya yang hanya tinggal buka Pejabat ialah Parti BN sahaja,mari lah kita fikirkan..........rakyat jangan tergoda dengan politik tiada membawa apa-apa agenda untuk rakyat dan hanya mahu mendadik dada semata-mata.