Selasa, 20 Julai 2010

Parti Politik Tumbuh Bagai Candawan

Tarikh pilihan raya umum bagi negeri Sarawak masih menjadi teka teki bagi semua penganalisis politik dan seluruh rakyat negeri sarawak.Namun bergitu,bagaikan lumrah bila menjelang mahu pilihan raya maka ibarat orang berlumba-lumba,ada sesetengah pihak cuba menubuhkan parti politik baru sehingga ibarat candawan tumbuh selepas hujan.Setiap mereka tidak lain akan memperjuangkan satu perkara iaitu mahu membela nasib nasib rakyat dan menegakkan keadilan dengan cara memburukkan orang lain.Persoalan yang timbul ialah mengapa bila tiba musim pilihan raya baru mahu menubuhkan parti dan melaungkan perjuangan untuk membela nasib rakyat?Kenapa bila belum musim pilihanraya kelibat mereka-mereka ini tidak pernah kelihatan di mata rakyat ?Inilah politik individu yang mahu mencari kepentingan diri dan kuasa semata-mata.Bila tiba pilihan raya ke hulu ke hilir berteriak tapi selesai pilihan raya yang hanya tinggal buka Pejabat ialah Parti BN sahaja,mari lah kita fikirkan..........rakyat jangan tergoda dengan politik tiada membawa apa-apa agenda untuk rakyat dan hanya mahu mendadik dada semata-mata.

Selasa, 13 April 2010

Sibu Hadapi Pilihanraya Kecil Parlimen


Sekali lagi Bandar Sibu akan berkocak apabila satu Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu akan diadakan setelah pemergian YB Datuk Robert Lau Hoi Chew,Ahli Parlimen Sibu yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia minggu lepas akibat penyakit barah.Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh warga Sibu khasnya dan rakyat Malaysia amnya kerana YB Datuk Robert Lau bukan sahaja seorang pemimpin yang berpendirian tegas dalam tindakannya tetapi seorang yang berpandangan jauh dalam menjadikan Sibu sebagai sebuah bandar yang moden dan makmur.Kini Sibu mulai melangkah menjadi Bandar yang akan berstatus Bandaraya ke tiga di Sarawak.Belum lagi tahu bila tarikhnya Pilihanraya kecil ini sudah terdengar sayup suara pembangkang akan meletakkan calon malahan sudah mulai membuat tuduhan yang tidak betul kepada kerajaan dan BN dengan menyatakan bahawa kerajaan akan membelanjakan RM500 juta untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sibu.Bergitulah lumrah politik pembangkang perkara betul dianggap salah dan pembangkang hanya tahu memainkan sentimen memburukkan kerajaan BN.Apakah sudah buta mata Pengerusi DAP Sarawak untuk melihat pembangunan yang dibawa oleh BN kepada Bandar Sibu yang juga turut memberi keselesaan kepadanya.Kalau ini lah isu pembangkang iaitu menjadikan peruntukan pembangunan untuk rakyat sebagai pancing undi semasa pilihanraya sahaja maka tak ada gunanya rakyat memilih parti pembangkang sebagai kerajaan kerana mereka tidak akan menyalurkan wang peruntukan untuk membangunkan rakyat apabila memegang tampuk pentadbiran dan oleh yang demikian tak hairan lah negeri-negeri yang dibawah kuasa pembangkang bergitu mundur dan kucar kacir kerana mereka rupanya tidak tahu membawa pembangunan kepada rakyat.

Khamis, 1 April 2010

Pembangkang Perak Tak Hormati Dewan

Sekali lagi menjelang Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung selama dua hari telah kecoh akibat perbuatan ADUN Pakatan Pembangkang yang sudah hilang kewarasan mereka sehingga tidak menghormati Dewan Undangan Negeri sebagai badan tertinggi di Peringkat Negeri.Sebagai ADUN sepatutnya mereka sudah matang untuk berfikir berlandaskan undang-undang dan harus menghormati Dewan Undangan Negeri dimana mereka adalah sebahagian daripada anggota Dewan tersebut.Keadaan ini membuktikan ADUN Pembangkang sudah tidak tahu lagi apa yang patut dibuat oleh mereka dan jelaslah amanah rakyat yang memilih mereka dipersiakan sebegitu sahaja.Sampai bila kah sikap ADUN Pembangkang ini seolah-olah seperti anak kecil yang merenggek kelaparan susu dan meracau seperti orang yang kurang siuman di Dewan yang dianggap mulia.Mari lah kita renungkan bersama.