Sekali lagi menjelang Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung selama dua hari telah kecoh akibat perbuatan ADUN Pakatan Pembangkang yang sudah hilang kewarasan mereka sehingga tidak menghormati Dewan Undangan Negeri sebagai badan tertinggi di Peringkat Negeri.Sebagai ADUN sepatutnya mereka sudah matang untuk berfikir berlandaskan undang-undang dan harus menghormati Dewan Undangan Negeri dimana mereka adalah sebahagian daripada anggota Dewan tersebut.Keadaan ini membuktikan ADUN Pembangkang sudah tidak tahu lagi apa yang patut dibuat oleh mereka dan jelaslah amanah rakyat yang memilih mereka dipersiakan sebegitu sahaja.Sampai bila kah sikap ADUN Pembangkang ini seolah-olah seperti anak kecil yang merenggek kelaparan susu dan meracau seperti orang yang kurang siuman di Dewan yang dianggap mulia.Mari lah kita renungkan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan