Rabu, 16 Disember 2009

Wakil Rakyat BN Harus Berubah Demi Rakyat



Semalam Kerajaan mengalami suasana yang cukup cemas di Parlimen apabila Bajet 2010 hampir tidak dapat diluluskan di Parlimen gara-gara terdapat ramai Ahli Parlimen BN yang tidak hadir ke Parlimen untuk menyokong kelulusan bajet.Dengan majoriti tipis 3 undi sudah cukup untuk membuka mata Wakil Rakyat BN untuk mengubah sikap mereka yang sering tidak hadir ke Parlimen sehingga meletakkan kerajaan yang didokong dalam keadaan yang tidak stabil.Impak besar yang harus difikirkan oleh setiap Wakil Rakyat BN adalah mandat rakyat yang diletakkan dibahu mereka haruslah dipikul dengan sebaik yang mungkin.Kegagalan yang berlaku semalam adalah membawa kesan yang besar kerana jika bajet gagal diluluskan maka dalam amalan Negara Berparlimen,Kerajaan BN akan terbubar dan Pilihanaraya perlu diadakan.Menang atau kalah dalam pilihanaraya bukan ukuranya tetapi apakah kerana sikap segelintar mereka yang digelar YB telah menyebabkan kerajaan yang sepatutnya kukuh tumbang oleh kerana ""Sikap acuh Tak Acuh".Kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berjaya sekarang mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan atas dasar dan perubahan yang telah beliau lakukan untuk rakyat namun adalah diingatkan bahawa tidak cukup YAB Perdana Menteri sahaja yang harus memikul perubahan tersebut tetapi Wakil Rakyat BN keseluruhanya haruslah turut sama-sama beliau menjayakan misi perubahan tersebut kerana rakyat sekarang sudah mulai kembali kepada pangkuan BN dan oleh itu janganlah dipersia-siakan harapan Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia-1Malaysia:Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.Hidup PM