Jumaat, 20 November 2009

Bajet Sarawak landasan Pembangunan Ekonomi

Pada persidangan DUN yang lalu,sekali lagi YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan bajet untuk negeri Sarawak.Dalam pembentangan bajet tersebut,tumpuan terus diberikan kepada pembangunan ekonomi negeri Sarawak keseluruhanya dan Bajet ini juga telah memperuntukan jumlah yang begitu besar untuk pembangunan pasarana luar bandar.Jelas membuktikan bahawa kerajaan BN Sarawak tidak akan melupakan habuanyang sepatutnya untuk rakyat setiap kali bajet negeri dibentangkan.YAB Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan telah meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan asing yang bakal menyumbang kepada pendapatan Negeri dan negara keseluruhanya.Ini lah kebijksanaan seorang pemimpin kerana untuk membina kekuatan ekonomi yang baik bukanlah perkara mudah dan hari ini ekonomi kita stabil berkat perpaduan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang telah membuahkan hasil.

Isnin, 9 November 2009

Enam Muka Baru Membarisi Kabinet Sarawak


Rombakan Kabinet Sarawak yang diumumkan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak menyaksikan 6 muka baru telah dilantik menyertai kabinet baru sebagai Menteri Muda manakala 3 muka lama telah digugurkan.Perlantika Menteri Muda yang baru melibatkan 3 dari PBB,2 dari PRS dan 1 dari SPDP manakala SUPP masih mengekalkan muka lama.Antara yang dilantik YB Datuk Talip Zulphilip,YB Datuk Wahab Dolah,YB John Sekie Tayai,YB Datuk Dr Stephen Rundi Untum,YB Mong Dagang dan YB Datuk Peter Nansian Ngusie.Rombakan Kabinet ini adalah untuk memantapkan lagi pembangunan di seluruh negeri dan YAB Pehin Sri Taib amat yakin dengan muka baru yang dilantik untuk terus membantu membangunkan rakyat keseluruhanya.